Monday 16 July 2012

Tugasan ISL 4


  1. Dalam konteks negara Malaysia, sektor perkhidmatan mampu membasmi kemiskinan. Bincangkan.
  2. Mengapakah sektor perkhidmatan perlu memberi sumbangan yang lebih tinggi berbanding sektor lain sekiranya sesebuah negara itu berstatus negara maju?

Hasil tugasan perlu disimpan dalam fail kursus bagi tujuan penilaian. 

Sunday 8 July 2012

BAB 3 : SEKTOR EKONOMI DALAM PEMBANGUNAN

Kandungan kursus Bab 3 meliputi:

1. Sektor Perkhidmatan dan Pembangunan
2. Sektor Perindustrian dan Pembangunan
3. Sektor Pertanian dan Pembangunan

TUGASAN ISL 3


1. Revolusi Hijau dikaitkan dengan pertanian tradisional yang cekap dan mampu meningkatkan output. Bincangkan jawapan anda dalam konteks negara yang masih menjadikan sektor pertanian sebagai sumber ekonomi utama.

2."Sequential Industrialisation" merupakan proses perindustrian mengikut tahap. Bincangkan jawapan anda dengan mengaitkannya dengan pendekatan Neo-Klasik, Strukturalist dan Neo-Marxist.

Hasil tugasan perlu disimpan dalam fail kursus bagi tujuan penilaian. 

Thursday 5 July 2012

Pembangunan Ekonomi Seimbang

Dasar dan strategi ke arah mewujudkan pembangunan ekonomi seimbang di Malaysia telah lama diberi penekanan. Setelah lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan , kesan penjajahan British ke atas Tanah Melayu yang mewujudkan keadaan dualisme ekonomi dari segi wilayah dan kelompok etnik masih tetap dirasai. Sejak beberapa dekad yang lalu ekonomi Malaysia mengalami perkembangan yang pesat. Kadar pertumbuhan ekonomi tinggi yang dicapai menjadikan Malaysia antara negara yang terbaik prestasinya di rantau ASEAN. Namun, pertumbuhan ekonomi semata-mata belum tentu boleh menjamin faedahnya dapat disebarkan secara adil dan saksama di kalangan masyarakat. Dalam pendekatan pembangunan bersama pertumbuhan ekonomi, proses pembangunan ekonomi bukan hanya terhad kepada pertumbuhan di dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau KDNK per kapita, tetapi perlu mengambil kira aspek penyebaran faedah dari pertumbuhan tersebut kepada semua golongan. Di Malaysia, isu agihan sebenarnya memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan. Matlamat pengurangan kemiskinan mutlak dapat dicapai dalam tempoh hampir 35 tahun. Kerajaan terpaksa bekerja keras untuk mewujudkan agihan pendapatan yang seimbang di kalangan etnik. Kejayaan yang dicapai tidak mampu bertahan apabila berlaku perubahan radikal di peringkat ekonomi global sedangkan idea globalisasi yang berpaksikan Barat menolak sama sekali campur tangan kerajaan. Dalam konteks ini, cabaran utama yang harus dihadapi ialah untuk memastikan tuntutan globalisasi tidak menjejaskan matlamat negara untuk mencapai pembangunan seimbang secara lebih menyeluruh. Matlamat pembangunan ekonomi seimbang ini hanya boleh dicapai melalui campur tangan dan sokongan padu dari pihak kerajaan. Justeru pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan ekonomi yang cekap dan berkesan adalah perlu. Perbincangan bab-bab dalam buku ini adalah fokus kepada aspek tersebut. Kewujudan keseimbangan di antara pertumbuhan dengan kesejahteraan ekonomi yang merangkumi aspek keadilan sosial, isu kemiskinan dan agihan seimbang, persekitaran hidup harmoni dan alam sekitar serta pembentukan modal insan berkualiti perlu dibari perhatian yang serius kerana ianya akan menentukan kejayaan pembangunan negara pada masa hadapan.

Thursday 28 June 2012

BAB 2: FAKTOR PERTUMBUHAN EKONOMI

Kandungan kursus Bab 2 meliputi:


  • Tanah dan Sumber Asli
  • Penduduk dan Buruh
  • Modal
  • Peranan Pengusaha
  • Peranan Kerajaan
  • Kemajuan Teknologi 

Wednesday 27 June 2012

Tugasan ISL 2

1. Bezakan antara pertumbuhan dan pembangunan ekonomi.
2. Nyatakan dan terangkan inidikator-indikator pengukur pembangunan?
3. Jelaskan mengapa perlunya ada pertumbuhan untuk menghasilkan pembangunan?
Hasil tugasan perlu disimpan dalam fail kursus bagi tujuan penilaian.